Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita Utama

Polis kesan sekumpulan lelaki main meriam karbaid

Orang ramai dinasihat supaya tidak bermain meriam karbaid sempena sambutan Aidilfitri

BUKIT MERTAJAM, 10 Ramadan 1443H, Selasa – Polis sedang mengesan sekumpulan lelaki yang bermain meriam karbaid di tepi Jalan Permatang Rawa, di sini selepas video mereka tular menerusi media sosial sejak semalam dan menerima kecaman netizen kerana berbahaya.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, ACP Shafee Abd Samad berkata, rakaman video berdurasi dua minit dan 20 saat itu mendapati mereka bermain meriam berkenaan di tepi jalan raya dan membuat gangguan bising kepada penduduk.

“Semalam pihak polis telah mengesan sebuah video membabitkan sekumpulan lelaki sedang bermain meriam yang tular menerusi laman sosial Twitter. Kami sedang menjalankan siasatan lanjut mengenai video itu termasuk mengesan beberapa lelaki yang yang terlibat dalam video itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak bermain meriam karbaid sempena sambutan Aidilfitri kerana ia kesalahan mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.

Video yang tular itu memaparkan sekumpulan lelaki sedang seronok bermain meriam karbaid yang diperbuat daripada paip polivinil klorida (PVC) di hadapan deretan rumah kedai.

Ia menunjukkan meriam berkenaan dihalakan ke arah jalan raya yang dilalui banyak kenderaan tanpa menghiraukan keselamatan orang ramai.

Perbuatan itu mendapat kecaman netizen kerana bukan sahaja tidak menghormati bulan Ramadan malah memberi ancaman kepada pengguna jalan raya terutama warga emas yang mungkin akan terkejut selepas mendengar dentuman kuat. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button