Berita UtamaDunia

Zionis tingkat serbuan di Tebing Barat, tahan 15 penduduk

Sengaja lepaskan tembakan bagi menakut-nakutkan penduduk

TEBING BARAT, 10 Ramadan 1443H, Selasa – Tentera pengganas Israel meningkatkan serbuan dan penahanan individu selain menyerang penduduk Palestin di seluruh Tebing Barat, lapor sumber keselamatan, hari ini.

Kira-kira 15 rakyat Palestin ditahan dalam serbuan ke atas puluhan kediaman di wilayah berkenaan.

Memetik laporan agensi Wafa, lima penduduk di Jenin ditahan manakala tiga lagi masing-masing di Nablus dan Baitulmaqdis serta empat orang di Hebron.

“Tentera Zionis juga sengaja menakutkan penduduk dengan memukul dan menyeksa tahanan sebelum dipindahkan mereka semua ke pusat penyiasatan.

“Mereka juga turut melepaskan tembakan ke arah udara bagi menakutkan penduduk,” kata sumber keselamatan.

Pasukan tentera negara haram itu juga menyerbu bandar di Tebing Barat selepas beberapa jam seorang rakyat Palestin ditembak mati kerana didakwa menikam pasukan polis dengan sebilah pisau.

Hari ini merupakan hari keempat berturut-turut tentera rejim Zionis melakukan operasi di seluruh Jenin selepas seorang lelaki dari kawasan itu didakwa terlibat dalam pembunuhan tiga orang di sebuah bar di Tel Aviv, minggu lalu. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button