Berita UtamaDunia

PM Palestin kutuk pembunuhan kejam peguam muda di Nablus

Mohammad Hassan ditembak secara dekat oleh pengganas Israel

RAMALLAH, 11 Ramadan 1443H, Rabu – Perdana Menteri Palestin, Mohammad Shtayyeh mengutuk pembunuhan kejam seorang peguam muda oleh tentera Zionis dalam serbuan di bandar Nablus, utara Tebing Barat hari ini.

Mohammad Hassan Assaf,34, seorang peguam muda terbunuh selepas ditembak secara dekat oleh pasukan pengganas Israel.

Malah, Shtayyeh menyifatkan pembunahan berkenaan sebagai jenayah.

Pasukan tentera pengganas tersebut melepaskan tembakan kepada Hassan – bapa kepada tiga anak – di bahagian dada, selain turut mencederakan 31 orang awam di Nablus berhampiran bandar Beita, al-Lubban al-Sharqiya dan Urif di utara Nablus.

Malah, turut tercedera termasuk 10 lagi orang awam akibat terkena peluru hidup, selain enam lagi terkena peluru getah serta 13 yang lain terkena gas pemedih mata.

Shtayyeh berkata, pengganas Israel terus meningkatkan serbuan sekali gus membunuh lebih ramai rakyat Palestin berikutan mereka diberikan kebenaran dan lesen oleh Naftali Bennett untuk membunuh.

Tindakan yang dilakukan dilihat langsung tidak menghiraukan perundangan antarabangsa.

Bahkan, beliau menganggap pengganas Israel bertanggungjawab sepenuhnya ke atas jenayah yang dilakukan setiap hari terhadap penduduk Palestin. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button