Berita Utama

4 rumah di Kampung Kuala Muda musnah terbakar

Tiada kemalangan jiwa dan mangsa yang cedera dalam kebakaran

KEPALA BATAS, 12 Ramadan 1443H, Khamis – Empat rumah dua tingkat musnah dalam kejadian kebakaran di Kampung Kuala Muda di Penaga, di sini hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysi (JBPM) Pulau Pinang berkata, pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran itu pada 6.49 pagi sebelum jentera bergegas ke lokasi kejadian.

“Sebaik pihak bomba tiba, api sedang marak dan empat rumah dua tingkat dengan bahagian bawah batu manakala bahagian atas papan yang terletak bersebelahan dengan setiap satunya berkeluasan kira-kira 56 meter persegi itu telah terbakar.

“Bomba mengambil masa kira-kira setengah jam untuk mengawal kebakaran daripada merebak ke beberapa rumah lain yang terdapat di kawasan tersebut dan api berjaya dipadamkan sepenuhnya pada pukul 8 pagi,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, tiada kemalangan jiwa dan mangsa yang cedera dalam kebakaran itu kerana sempat menyelamatkan diri sebaik menyedari berlaku kebakaran dari sebuah rumah sebelum merebak ke kediaman lain.

Menurutnya, operasi pemadaman kebakaran itu melibatkan lebih 50 pegawai dan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Muda, Kepala Batas dan Bertam serta dibantu Pasukan Bomba Sukarela berdekatan. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button