Pendapat

Mengejutkan! Ada pihak cuba main naratif perkauman, politikkan isu basikal lajak

Apakah mereka mahu bersekongkol dengan pesalah?

MAHKAMAH Tinggi Johor Bahru telah memerintahkan agar Cik Sam Ke Ting dikenakan enam tahun penjara dan denda RM6,000 kerana mengakibatkan kematian lapan orang remaja dalam kes ‘basikal lajak’ di Johor, baru-baru ini.

Walaupun hukuman itu tidak setimpal dengan nyawa lapan remaja namun sekurang-kurangnya mereka mendapat pembelaan. Saya yakin pihak keluarga yang terlibat pasti merasa lega.

Namun apa yang mengejutkan saya ada pihak yang bersungguh-sungguh cuba mempolemikkan dan ada yang cuba memainkan naratif perkauman apabila Cik Sam Ke Ting didapati bersalah. Ada yang ambil kesempatan mempolitikkannya juga.

Apakah mereka ini manusia atau haiwan yang tak berhati perut? Apakah mereka mahu bersekongkol dengan pesalah?

Malah, saya difahamkan cubaan-cubaan sebegini bukannya baharu, tetapi sejak lima tahun yang lalu iaitu ketika awal-awal kes ini berlaku. Kini ianya hangat kembali.

Saya difahamkan masih ada peluang untuk beliau melakukan rayuan. Malah, ramai peguam yang menawarkan khidmat guaman, termasuk ahli-ahli politik sendiri.

Bagi saya, biarlah Mahkamah Rayuan putuskan jika beliau benar-benar tidak bersalah dan patut dilepaskan kerana mengakibatkan lapan nyawa terkorban itu.

Saya harap tiada yang termakan provokasi-provokasi murahan yang sedang tersebar dan bergerak secara teratur sekarang ini sehingga subjudis apatahlagi perkara-perkara lain yang tidak diingini.

Aminuddin Yahaya
Pengerusi PEMBELA
14 April 2022

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button