Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita Utama

OKT meninggal dunia selepas diserang sawan

USJKT JIPS Bukit Aman jalankan siasatan kematian berkait kes

BANGI, 12 Ramadan 1443H, Khamis – Seorang lelaki tempatan yang ditahan atas kesalahan dadah dilaporkan meninggal dunia ketika dalam tahanan di Penjara Satelit Beranang, Selangor, selepas disyaki diserang sawan semalam.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Seri Azri Ahmad berkata, lelaki berusia 45 tahun itu dituduh di mahkamah mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 kelmarin, namun tidak mengaku salah dan tiada penjamin.

Katanya, orang kena tahan (OKT) itu kemudian ditumpangkan di lokap Balai Polis Kajang sebelum dihantar ke Penjara Satelit Beranang bagi reman penjara.

“Pada 13 April, jam 10.30 pagi, anggota bertugas lokap dimaklumkan bahawa OKT disyaki diserang sawan dan menghubungi pihak hospital,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, pihak hospital tiba di penjara terbabit pada jam 10.45 pagi dan membuat pemeriksaan sebelum OKT dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

“Semasa dalam perjalanan ke hospital, penolong pegawai perubatan mengesahkan OKT meninggal dunia dan punca kematian belum diketahui.

“Unit Siasatan Jenayah dan Kematian Dalam Tahanan (USJKT) JIPS Bukit Aman akan menjalankan siasatan berkaitan kes itu,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button