Berita UtamaDunia

Ukraine dakwa tiada sehari pun ‘sunyi’ tanpa serangan Russia

Empat penduduk awam terbunuh, 10 lain cedera di bandar Kharkiv

KYIV, 12 Ramadan 1443H, Khamis – Empat penduduk awam di bandar kedua timur Ukraine, Kharkiv terbunuh ketika tentera Russia meningkatkan kempen pengeboman di bandar itu.

Pegawai tempatan mendakwa, serangan yang berlaku pada Rabu itu turut menyebabkan kira-kira 10 penduduk lain cedera.

“Musuh mengebom rumah kediaman, kawasan kediaman. Malangnya, terdapat orang awam yang terkorban – perkara paling teruk ialah kanak-kanak sedang nazak,” kata Datuk Bandar Kharkiv, Ihor Terekhov kepada televisyen nasional Ukraine.

Terekhov mendakwa, Kharkiv telah pun diserang Russia dan tiada satu pun hari bandar itu ‘sunyi’ tanpa sebarang seranga sejak permulaan perang pada 24 Februari lalu.

Gabenor wilayah Kharkiv, Oleh Synehubov kemudian memaklumkan di Telegram bahawa empat orang terbunuh dan 10 cedera akibat serangan ke atas bandar itu pada Rabu.

Russia menghantar puluhan ribu tentera ke Ukraine pada 24 Februari lalu dalam ‘operasi khas’ untuk merendahkan keupayaan ketenteraan jirannya di selatan dan memerangi pengaruh ‘nazi’ di Ukraine.

Tentera Ukraine telah melancarkan tentangan sengit dan Barat mengenakan sekatan menyeluruh ke atas Russia dalam usaha memaksa Moscow menarik balik tenteranya. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button