Berita UtamaDunia

Warga emas duduk di beranda ditembak rejim Zionis di Baitulmaqdis

Tembakan terkena muka dan keadaannya kini kritikal

BAITULMAQDIS, 12 Ramadan 1443H, Khamis – Tentera pengganas Israel terus bertindak ganas apabila menembak mati seorang warga emas ketika menyerbu bandar al-Khader, selatan Baitulmaqdis, awal pagi ini.

Seorang penduduk Hussein Salah berkata, bapanya Ibrahim yang berusia 80 tahun adalah mangsa terbaharu kekejaman rejim Zionis.

Dalam kejadian itu, Ibrahim yang sedang berehat di beranda terkejut apabila tentera Israel melepaskan tembakan menyebabkan kediamannya bergegar sebelum terkena bahagian muka warga emas tersebut.

Kata Hussien, bapanya dikejarkan ke Hospital Beit Jala untuk rawatan segera dan berada dalam keadaan kritikal.

Sejak umat Islam menjalani ibadah puasa, pasukan tentera pengganas giat melakukan serangan termasuk menyerbu kediaman-kediaman di bandar seluruh Tebing Barat.

Selain itu, mereka turut menangkap mangsa yang tidak bersalah.

Kesemua mereka yang ditahan kemudian dipindahkan ke pusat penyiasatan untuk tempoh masa tidak dinyatakan. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button