Uncategorized

Banjir terburuk landa selatan Afrika korban 341 nyawa

Pihak berkuasa masih kesan mangsa hilang, 55 orang setakat ini

JOHANNESBURG, 13 Ramadan 1443H, Jumaat – Jumlah korban akibat banjir teruk yang melanda wilayah KwaZulu-Natal, selatan Afrika meningkat kepada 341 orang semalam.

Perdana Menteri KwaZulu-Natal, Sihle Zikala berkata, kira-kira 40,723 penduduk terjejas banjir teruk dan lebih menyedihkan musibah berkenaan turut mengorbankan 341 penduduk.

Malah sehingga kini, pihak berkuasa masih lagi mendapat jumlah sebenar bagi penduduk yang hilang, namun setakat ini seramai 55 orang telah didaftarkan.

Sementara itu, sebanyak 248 buah sekolah di keseluruhan wilayah berkenaan musnah teruk dan beberapa loji air mentah tenggelam sekali gus menyebabkan penduduk berdepan masalah bekalan air bersih.

“Tahap kemusnahan kehidupan manusia, infrastruktur dan rangkaian penyampaian perkhidmatan di wilayah berkenaan musnah teruk dan tidak pernah berlaku sebelum,” katanya.

Hujan lebat yang melanda beberapa kawasan sejak beberapa hari lalu membawa musibah di lokasi percutian terkenal terutama menjelang percutian Pashkah.

Banjir berkenaan juga merupakan bencana alam terburuk dalam tempoh 30 tahun di negara berkenaan. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button