Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Uncategorized

Ceramah agama tanpa tauliah berdepan denda, penjara: MAIS

Keputusan selaras titah Sultan Selangor agar Islam tak dipolitikkan

BANGI, 13 Ramadan 1443H, Jumaat – Aktivis dan pemimpin politik yang berceramah atau mengajar agama Islam di masjid serta surau di Selangor tanpa tauliah berisiko untuk berdepan penjara tiga tahun dan denda RM3,000.

Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) memaklumkan, peringatan tersebut sejajar dengan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang tidak berkenan Islam dipolitikkan dan menjadi bahan politik mana-mana pihak, terutama di masjid dan surau.

“Aktivis dan pemimpin politik yang mengajar kuliah agama Islam tanpa tauliah di masjid dan surau di negeri Selangor, boleh dikenakan denda sehingga RM3,000.

“Atau individu berkenaan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya berdasarkan Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 di bawah Seksyen 119 (1),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baru-baru ini, Pengerusi MAIS, Tan Sri Abdul Aziz Yusof memberitahu, tauliah mengajar agama Islam yang diberikan kepada aktivis politik di negeri tersebut telah ditarik balik berkuat kuasa 31 Disember tahun lalu.

Keputusan berkenaan diputuskan MAIS selaras dengan titah Sultan Sharafuddin agar Islam tidak dipolitikkan.

Sebelum ini, sekumpulan jemaah dari Masjid Nurul Iman Rawang menghantar memorandum bantahan berhubung isu aktivis politik yang menyampaikan tazkirah Ramadan di sebuah masjid tanpa tauliah.

Ahli-ahli kariah masjid berkenaan mendakwa aktivis tersebut menyampaikan tazkirah pada 5 April lalu di Masjid Nurul Iman, Rawang sekali gus melanggar titah baginda Sultan Selangor dan arahan khusus MAIS.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button