Berita UtamaDunia

Israel lancar serangan udara dekat Damsyik

Pertahanan udara Syria tembak jatuh beberapa peluru berpandu

SANAA, 13 Ramadan 1443H, Jumaat – Negara pengganas Israel melancarkan serangan udara ke atas kedudukan tentera Syria berhampiran ibu kota Damsyik.

Agensi berita negara Syria, SANA memetik sumber tentera sebagai berkata, pertahanan udara Syria telah menembak jatuh beberapa peluru berpandu yang dilepaskan.

Katanya, serangan pada malam Khamis itu hanya menyebabkan kerosakan fizikal tetapi tidak menyatakan lebih lanjut.

Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria yang berpangkalan di Britain berkata, Israel menyerang kedudukan tentera di barat daya Damsyik.

Seorang komander sekutu pro-kerajaan menafikan kepada Reuters bahawa serangan itu menjejaskan kedudukan mereka di luar Damsyik.

Tiada komen segera daripada kerajaan rejim Zionis berhubung perkara itu.

Israel telah melancarkan serangan yang kerap terhadap apa yang disifatkannya sebagai sasaran Iran di Syria, di mana tentera yang disokong Tehran termasuk Hizbullah Lubnan telah ditempatkan sejak sedekad lalu untuk menyokong Presiden Bashar al-Assad dalam perang Syria.

Pada Mac lalu, media kerajaan melaporkan bahawa serangan Israel ke atas Damsyik membunuh dua orang awam dan meninggalkan beberapa kerosakan harta benda. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button