Berita Utama

18 kanak-kanak Palestin dibebas selepas beberapa jam ditahan

120 jemaah cedera selepas rejim Israel ceroboh al-Aqsa

BAITULMAQDIS, 14 Ramadan 1443H, Sabtu – Pasukan pendudukan Israel membebaskan 18 kanak-kanak Palestin selepas menahan mereka selama beberapa jam ketika serbuan ke dalam perkarangan Masjid al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur, awal pagi semalam.

18 kanak-kanak itu – semuanya di bawah umur 14 tahun – dibebaskan di pos pemeriksaan tentera Israel Qalandia di jalan Baitulmaqdis-Ramallah. 

Lebih 400 jemaah Palestin telah ditangkap oleh tentera penjajah Israel apabila pegawai polis yang lengkap bersenjata menyerbu perkarangan Masjid al-Aqsa selepas solat Subuh. 

Lebih 120 jemaah Palestin turut cedera akibat tindakan pasukan penyerang. 

Penduduk Palestin tercedera rata-ratanya disebabkan terkena peluru bersalut getah, gas pemedih mata atau dipukul oleh polis Israel yang turut melepaskan bom tangan. 

Sejak beberapa minggu lalu, ketegangan meningkat di seluruh Tebing Barat apabila pihak berkuasa pendudukan melakukan penangkapan dan serbuan di banyak kawasan, terutama di utara wilayah itu.- Agensi 

BERITA BERKAITAN:

https://ismaweb.net/2022/04/15/video-polis-israel-ganggu-jemaah-palestin-solat-di-masjid-al-aqsa/

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button