Berita UtamaDunia

Rejim Israel pengecut serang wartawan elak jenayah didedah

JSC desak badan antarabangsa, hak asasi manusia tekan pihak berkuasa penjajahan

BAITULMAQDIS, 14 Ramadan 1443H, Sabtu – Jawatankuasa Sokongan Wartawan (JSC) menegaskan, serangan berterusan negara pengganas Israel dan menyasarkan wartawan serta saluran media di Baitulmaqdis bertujuan menghalang jenayah mereka daripada didedahkan.

Ketika pencerobohan Israel ke atas jemaah Palestin di dalam Masjid al-Aqsa pada Jumaat lalu, JSC mendokumentasikan serangan Israel ke atas tiga wartawan foto iaitu Rami al-Khatib, Nisreen Salem dan seorang lagi yang tidak dinamakan oleh tentera penjajah

Beberapa tentera pendudukan Israel memukul al-Khatib sebelum kameranya dipecahkan, manakala peluru getah mencederakan Salem dan wartawan foto wanita yang tidak dinamakan itu turut mengalami kecederaan.

Jawatankuasa itu mengulangi kecamannya terhadap serangan ke atas wartawan dan media, yang merupakan pelanggaran terang-terangan undang-undang kemanusiaan antarabangsa.

JSC menggesa badan antarabangsa dan hak asasi manusia, terutamanya Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) serta Persekutuan Wartawan Antarabangsa, mengambil tindakan segera dan menekan pihak berkuasa penjajahan Israel supaya menghentikan pelanggaran mereka.

Jawatankuasa itu turut meminta badan antarabangsa untuk mendapatkan perlindungan yang diperlukan bagi wartawan dan pejabat media.

Ini kerana kerana serangan itu bertujuan untuk mengekang liputan media dan melucutkan hak orang ramai untuk mendapatkan maklumat. – Agensi

Pautan terdahulu;

https://ismaweb.net/2022/04/15/video-polis-israel-ganggu-jemaah-palestin-solat-di-masjid-al-aqsa/

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button