Berita Utama

KKM pertimbang cuti raya secara berjadual: Khairy

Bergantung kepada kes dan kapasiti hospital

KUALA TERENGGANU, 14 Ramadan 1443H, Sabtu – Kementerian Kesihatan (KKM) sedang mempertimbangkan kaedah cuti secara berjadual bagi membolehkan warganya mendapat cuti sempena Hari Raya Aidilfitri ini.

Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata, pihaknya akan berbincang mengenai perkara itu sebelum memaklumkan kepada Ketua Setiausaha (KSU) kementerian untuk tindakan lanjut.

“Dua tahun lepas kita tak bagi atau jarang bagi cuti sebab pandemik, tapi tahun ini keadaan dah mula reda, mungkin kita akan mula bagi cuti raya, tapi (cuti) akan dibuat secara berjadual,” katanya kepada pemberita ketika melawat Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, hari ini.

Beliau berkata, setelah selesai perbincangan, kaedah percutian secara berjadual berkenaan akan dimaklumkan kepada warga KKM.

Ditanya berapa peratus kakitangan yang akan diberi kelulusan bercuti, Khairy berkata, perkara itu bergantung kepada kes dan kapasiti hospital.

“Kami akan cuba bagi (benarkan kakitangan bercuti) sebanyak mungkin… Tapi saya tak boleh nak umum sekarang (peratus), kena tengok lebih dekat lagi dengan tarikh hari raya,” katanya. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button