Berita UtamaDunia

Riyadh kecam serangan Israel ke atas al-Aqsa

Rejim haram langgar resolusi dan perjanjian antarabangsa

RIYADH, 14 Ramadan 1443H, Sabtu – Arab Saudi mengecam tindakan biadab tentera negara pengganas Israel menyerbu perkarangan Masjid al-Aqsa di Baitulmaqdis dan menyerang penduduk Palestin yang sedang solat.

Kementerian Luar menganggap, peningkatan sistematik ini sebagai serangan terang-terangan terhadap kesucian Masjid al-Aqsa dan kepentingannya kepada negara Islam.

Pada masa sama, rejim haram Israel juga telah melanggar resolusi serta perjanjian antarabangsa yang berkaitan.

Terdahulu, pihak keselamatan Israel menyerang penduduk Palestin ketika ribuan orang berada di masjid untuk menunaikan solat ketika bulan Ramadan.

Pegawai Palestin berkata, lebih 150 rakyat Palestin cedera dalam serangan itu.

Peningkatan keganasan baru-baru ini telah meningkatkan kebimbangan mengenai pertempuran baharu antara Palestin dan Israel.

Ramadan tahun lalu, keganasan serupa meletus dan mencetuskan konflik terbesar dalam beberapa tahun antara Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) dan Israel.

Perang 11 hari itu ditamatkan susulan campur tangan orang tengah, termasuk Mesir, Jordan dan Amerika Syarikat (AS).

Berikutan itu, Arab Saudi menggesa masyarakat antarabangsa untuk meminta tentera Israel bertanggungjawab di atas serangan dan pencabulan berterusan terhadap rakyat Palestin, tanah dan tapak suci mereka.

Kementerian Luar juga berkata, terdapat keperluan untuk memulihkan usaha damai di Timur Tengah. – Agensi

Pautan terdahulu;

https://ismaweb.net/2022/04/15/video-polis-israel-ganggu-jemaah-palestin-solat-di-masjid-al-aqsa/

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button