Berita UtamaIstimewa

Yayasan Ikhlas akan bina dua Sekolah Agama Rakyat di Sabah

Bakal beri peluang pendidikan kepada 420 murid dari 7 kampung

Assalaamu’alaikum warahmatullah

APA khabar semua?

Hari ini adalah 14 Ramadan 1443H, menandakan cepatnya Ramadan akan ke penghujung dan bakal meninggalkan kita.

Apakah agaknya perbezaan Ramadan kita kali ini yang begitu membekas terhadap diri dan pembangunan umat di sekeliling kita.

Saya sebagai Pengerusi Yayasan Ikhlas ingin mengajak tuan-tuan dan puan-puan semua untuk bersama kami membawa perubahan dalam umat kita melalui pendidikan.

Yayasan Ikhlas akan membina dua buah Sekolah Agama Rakyat di Kuala Penyu  Sabah yang bakal memberikan peluang pendidikan agama kepada 420 orang murid daripada 7 buah kampung.

Mari bersama kami,

http://sekolahagama.com

“Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik lelaki mahu pun perempuan dan meminjamkan kepada Allah dengan pinjaman yang baik, nescaya akan dilipat-gandakan (ganjaran) kepada mereka, dan bagi mereka pahala yang banyak”. Surah al Hadid, ayat 18

Peduli, Prihatin

Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin
Pengerusi Yayasan Ikhlas

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button