Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita Utama

KWSP: Pengeluaran Khas dikredit dalam tempoh 1 hingga 3 hari bekerja

5.3 juta permohonan diterima bernilai RM40.1 bilion

BANGI, 15 Ramadan 1443H, Ahad – Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang memohon pengeluaran khas bakal menerima bayaran secara berperingkat bermula 20 April ini.

KWSP dalam satu kenyataan memaklumkan, bayaran tersebut akan dikredit ke akaun bank pencarum dalam tempoh satu hingga tiga hari bekerja bergantung kepada prosedur bank.

Katanya, pencarum boleh menyemak status permohonan dari semasa ke semasa di portal Pengeluaran Khas.

“Bagi bayaran secara arahan bayaran, anda akan menerima notis pengambilan atau dihubungi oleh cawangan KWSP yang dipilih untuk urusan pengambilan arahan bayaran,” katanya, hari ini.

Sehingga 14 April lalu, KWSP menerima sejumlah 5.3 juta permohonan bernilai RM40.1 bilion di bawah kemudahan Pengeluaran Khas.

Jumlah permohonan yang diterima merangkumi 44 peratus daripada 11.95 juta ahli yang layak untuk membuat pengeluaran di bawah kemudahan ini.

“Dipecahkan mengikut pengkelasan gaji, ia mewakili 55 peratus ahli B40 yang layak (yang berpendapatan kurang daripada RM1,700), 59 peratus ahli M40 (RM1,701 – RM4,900) dan 39 peratus ahli T20 (berpendapatan melebihi RM4,900),” katanya sambil menambah sebanyak 29 peratus ahli tidak formal dan aktif juga telah memohon.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button