Berita UtamaDunia

Pakistan beri amaran kepada Taliban supaya berhenti melindungi rakyatnya yang lancar serangan

Dakwa Taliban tidak melakukan sebarang tindakan bagi hentikan tindakan berkenaan

ISLAMABAD, 15 Ramadan 1443H, Ahad – Pakistan memberi amaran kepada Afghanistan untuk berhenti melindungi rakyatnya di Pakistan yang melancarkan serangan sehingga mengorbankan orang awam.

Amaran berkenaan dibuat susulan kejadian pesawat Pakistan melancarkan serangan bom di wilayah Khost dan Kunar di timur Afghanistan, mengorbankan orang awam.

Pakistan bagaimanapun enggan mengulas dakwaan Afghanistan sebaliknya menuduh Taliban tidak melakukan sebarang tindakan bagi menghentikan serangan tersebut.

“Pengganas menggunakan tanah untuk menjalankan aktiviti di dalam tanah milik Pakistan,” kata Kementerian Luar dalam kenyataan, hari ini.

Pakistan sering dituduh melindungi Afghanistan sebelum Amerika Syarikat (AS) meninggalkan negara berkenaan Ogos tahun lalu.

Sejak Taliban mengambil alih pentadbiran, Islamabad sering membela Afghanistan selain memberi tekanan kepada masyarakat antarabangsa supaya menyokong dan memberi pengiktirafan kepada pentadbiran Taliban.

Namun keadaan terbaharu belum dapat dipastikan sama ada Perdana Menteri Pakistan yang baharu, Shahbaz Sharif bertindak sama untuk menyokong Taliban seperi Imran Khan, sebelum ini.

Semalam, Menteri Luar Taliban menghubungi Duta Pakistan bagi memaklumkan kematian orang awam kesan serangan bom yang berlaku Jumaat dan mengorbankan pelarian Afghanistan di wilayah Kubnar dan Khost.

Jurucakap Taliban Zahibyllah Mujahid memberi amaran kepada Pakistan supaya tidak menguji kesabaran penduduk Afghanistan dan mengulangi kesilapan sama atau bakal berdepan kesan buruk.

Beliau bagaimanpun tidak mengulas lanjut mengenai jumlah sebenar kematian rakyatnya.

Agensi berita TOLO News menunjukkan beberapa mayat kanak-kanak yang menjadi mangsa dalam serangan berkenaan.

Saluran yang sama menunjukkan bantahan oleh ratusan penduduk wilayah Khost timur yang mengutuk Pakistan dan menjerit slogan anti-Pakistan. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button