Pendapat

Usaha bina Masjid Long Pasia dibantah

Apa masalahnya dirikan masjid untuk kegunaan umat Islam di sana

ADA sebahagian penduduk Long Pasia telah dihasut oleh sekumpulan penentang pembinaan Masjid Long Pasia.

Mereka mendakwa bahawa Kg Long Pasia adalah kampung kristian sejak 50 tahun yang lalu dan mereka menentang pembinaan masjid.

Sebenarnya di Long Pasia ada guru-guru sekolah kebangsaan (SK) yang beragama Islam, ada 25 anggota tentera pos sempadan yang beragama Islam dan ada sekitar 100 orang mualaf.

Jadi apa masalahnya untuk umat Islam mendirikan masjid untuk kegunaan solat Jumaat, solat raya, solat Tarawih dan sebarang aktiviti perkumpulan umat Islam di sana.

Long Pasia terletak sejauh 127 kilometer di pedalaman dan mengambil masa empat, lima jam melalui jalan balak.

Mari bersama kami membangunkan Masjid Long Pasia yang sangat diperlukan oleh penduduk muslim di sana.

Sampaikan sumbangan untuk membina rumah Allah (masjid) melalui http://sedekahsini.com

Peduli, Prihatin
Yayasan Ikhlas

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button