Berita UtamaDunia

16 wartawan Palestin dalam tahanan penjara Israel

NGO dokumentasi 174 pencabulan Zionis terhadap wartawan Palestin

TEL AVIV, 16 Ramadan 1443H, Isnin – 16 wartawan Palestin sedang ditahan di penjara haram Israel, menurut kumpulan hak asasi manusia Arab, semalam lapor Anadolu.

Dalam satu kenyataan, Jawatankuasa Sokongan Wartawan yang berpangkalan di Beirut berkata, lapan wartawan telah pun dikenakan hukuman penjara oleh pihak berkuasa Israel.

“Empat wartawan ditahan di bawah dasar penahanan pentadbiran Israel, manakala empat lagi ditahan di bawah soal siasat,” kata kenyataan itu.

Dasar penahanan pentadbiran membenarkan pihak berkuasa Israel melanjutkan penahanan seseorang banduan tanpa tuduhan atau perbicaraan.

Kenyataan Ahad itu dikeluarkan untuk menandakan Hari Tahanan Palestin, yang diperingati pada 17 April untuk menonjolkan nasib mereka yang ditahan di penjara Israel.

NGO itu mendokumenkan 174 pencabulan Israel terhadap wartawan Palestin tahun ini, termasuk penahanan dan menggunakannya sebagai perisai manusia.

NGO itu menggesa kumpulan hak asasi antarabangsa untuk campur tangan supaya membebaskan wartawan Palestin daripada tahanan Israel dan menghentikan pencabulan terhadap mereka.

Tiada komen daripada pihak berkuasa Israel mengenai kenyataan NGO itu.

Menurut angka Palestin, Israel menahan kira-kira 4,500 rakyat Palestin di penjaranya termasuk 34 wanita – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button