Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita UtamaDunia

Bakar al-Quran di Sweden: 3 cedera terkena tembakan polis

125 buah kenderaan polis mengalami kerosakan selain 34 anggota polis cedera

STOCKHOLM, 16 Ramadan 1443H, Isnin – Sekurang-kurangnya tiga cedera di bandar Norrkoping, timur Sweden apabila polis melepaskan tembakan ketika bantahan terhadap pembakaran kitab suci al-Quran.

Polis Norrkoping mendakwa pihaknya terpaksa melepaskan tembakan di udara ke arah pihak yang berdemontrasi – atas alasan supaya tidak menyerang pasukan polis.

Khamis lalu, pemimpin berhaluan kanan Stram Kurs, Rasmus Paludan membakar al-Quran di selatan Linkoping, menurut laporan media.

Pemimpin Denmark dari parti sayap kanan itu bertindak membakar senaskah al-Quran di kawasan didiami majoriti penduduk beragama Islam di Sweden.

Paludan dilaporkan melakukan tindakan tersebut di kawasan terbuka dan tidak menghiraukan orang ramai yang membantah perbuatannya.

Demonstrasi berkenaan berlaku di Malmo, Norrkoping and Jonkoping dan ibu negara, Stockholm, menyebabkan 125 buah kenderaan polis mengalami kerosakan selain 34 anggota polis cedera serta 13 orang ditahan polis. – Agensi

Berita berkaitan:
https://ismaweb.net/2022/04/17/1malaysia-kecam-sekeras-kerasnya-tindakan-provokasi-bakar-al-quran-di-sweden/

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Back to top button