Dunia

COVID-19: China kembali ‘bergelut’, 3 kes kematian pertama direkod

Shanghai perketat perintah berkurung hingga cetus kemarahan penduduk

BEIJING, 16 Ramadan 1443H, Isnin – China melaporkan tiga kes kematian COVID-19 di Shanghai, buat kali pertama sejak wilayah itu mengenakan penutupan pada akhir Mac.

Suruhanjaya kesihatan bandar dalam kenyataan berkata, kes itu membabitkan warga emas berusia antara 89 dan 91 tahun serta tidak divaksinasi.

Pegawai Shanghai berkata, hanya 38 peratus penduduk berusia lebih 60 tahun telah diberikan vaksin sepenuhnya.

Bandar itu kini memasuki satu lagi fasa pusingan untuk ujian saringan besar-besaran, di mana penutupan lebih ketat akan diteruskan hingga minggu keempat bagi kebanyakan penduduk.

Sehingga kini, China menegaskan bahawa tiada seorang pun yang meninggal dunia akibat COVID-19 di bandar itu – dakwaan yang dipersoalkan banyak pihak.

Kematian pada hari Isnin juga adalah didakwa berkaitan COVID-19 pertama, dan diakui secara rasmi oleh pihak berkuasa di seluruh negara.

Suruhanjaya Kesihatan Shanghai berkata, bahawa tiga pesakit disahkan meninggal dunia di hospital semalam, walaupun usaha penuh telah dibuat untuk memulihkan mereka.

Katanya, ketiga-tiga pesakit yang meninggal dunia mempunyai sejarah masalah kesihatan.

Sejak gelombang Omicron melanda bandar itu tiga minggu lalu, Shanghai berdepan perintah berkurung ketat sehingga mencetuskan kemarahan penduduk.

Berjuta-juta penduduk diarahkan berkurung di rumah masing-masing, sementara individu positif akan dihantar ke pusat kuarantin.

Pihak berkuasa bandar sedang bergelut memerangi peningkatan kes yang sudah mencecah lebih 20,000 sehari.

Malah, Shanghai telah menukar dewan pameran dan sekolah menjadi pusat kuarantin, termasuk menubuhkan hospital sementara.- Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button