Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita Utama

Kolej Tingkatan Enam pertama di Kelantan akan dibina

Dilengkapi 20 buah bilik darjah dan beberapa kemudahan lain

BANGI, 16 Ramadan 1443H, Isnin – Kementerian Pendidikan (KPM) akan membina Kolej Tingkatan Enam yang pertama di Kelantan, tidak lama lagi.

Kolej berkenaan bakal beroperasi di Bukit Cina yang terletak bersempadan antara daerah Keterah dan Machang, kata Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin.

Dilengkapi dengan 20 buah bilik darjah dan beberapa kemudahan lain, kolej berkenaan diyakini mampu memberi peluang kepada anak-anak Kelantan untuk mengikuti pendidikan peringkat lepasan menengah di premis kolej yang lengkap.

Katanya, sehingga kini terdapat 23 Kolej Tingkatan Enam yang beroperasi di negeri berkenaan.

“Kini Kelantan juga bakal mempunyai Kolej Tingkatan Enam pertama dengan premis dan pentadbiran sendiri.

“Kolej berkenaan dibina di lokasi strategik berhampiran jalan utama yang menghubungkan Kota Bharu dan Gua Musang.

“Pastinya pembinaan kolej ini dapat terus memacu kecemerlangan pendidikan negara melalui penyediaan infrastruktur pendidikan yang lebih baik demi anak-anak generasi pewaris negara, khususnya di Kelantan,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button