Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita Utama

Tiada kerjasama antara PAS, pembangkang

Yakin penyatuan ummah boleh dicapai melalui parti utama negara

BANGI, 16 Ramadan 1443H, Isnin – PAS tidak akan menjalinkan kerjasama politik dengan parti-parti pembangkang, khususnya Pakatan Harapan (PH) dalam pendekatan ‘khemah besar’ bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

Bahkan, PAS dalam kenyataan media hari ini turut berterima kasih di atas kenyataan Presiden Amanah, Mohamad Sabu kerana mengesahkan bahawa parti itu tidak mempunyai sebarang hubungan dengan pembangkang.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, parti itu konsisten dengan pendirian mendukung dan memperkuatkan kerajaan Persekutuan yang diterajui bersama oleh Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), PBS dan STAR.

“PAS amat yakin pendekatan penyatuan ummah yang boleh dicapai melalui kolaborasi parti-parti utama di negara ini yang berteraskan konsep perpaduan Melayu-Islam dan Bumiputera adalah formula yang paling berkesan serta akan diterima oleh majoriti rakyat Malaysia.

“PAS juga melalui pendekatan Politik Matang dan Sejahtera sentiasa komited dan sedia berbincang dan bekerjasama dengan mana-mana pihak yang mengutamakan perpaduan serta keharmonian dalam menghadapi PRU15.

“Apa yang penting dalam era pasca pandemik ini adalah kepentingan rakyat dan negara diutamakan,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button