Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Dunia

China rekod lagi kes kematian akibat COVID-19

7 kematian babit pesakit berusia 60 dan 101 tahun

SHANGHAI, 17 Ramadan 1443H, Selasa – China melaporkan tujuh kematian baharu akibat COVID-19 di Shanghai pada Selasa, sekali gus meningkat jumlah kematian rasmi selepas bandar itu melaksanakan perintah berkurung selama berminggu-minggu.

Pihak berkuasa Shanghai mendedahkan kematian virus pertama pada Isnin, dengan kematian hari ini menjadikan jumlah rasmi kepada 10 orang.

Suruhanjaya Kesihatan Perbandaran Shanghai berkata, tujuh kes kematian direkodkan berusia antara 60 dan 101 tahun, dan semuanya mempunyai sejarah masalah kesihatan seperti penyakit jantung serta diabetis.

Pesakit dilaporkan semakin kritikal selepas dimasukkan ke hospital dan meninggal dunia setelah usaha merawat tidak berkesan dengan punca kematian adalah kerana penyakit sedia, kata suruhanjaya itu.

Shanghai turut melaporkan lebih 20,000 kes baharu COVID-19 dengan sebahagian besarnya tidak mempunyai gejala.

Seramai 25 juta penduduk Shanghai diarahkan berkurung di rumah sejak Mac kerana beban kes harian yang melebihi 25,000 – angka sederhana mengikut piawaian global tetapi rekod yang sudah lama tidak dicatat China.

Beijing menegaskan dasar sifar COVID-19 – iaitu sekatan ketat, ujian saringan besar-besaran dan kuarantin – telah mengelakkan kematian serta krisis kesihatan awam yang melanda sebahagian besar dunia.

Bagaimanapun, banyak pihak meragui angka rasmi negara itu kerana kadar vaksinasi dalam kalangan warga emas rendah.

Sementara itu, Hong Kong mengaitkan hampir 9,000 kematian akibat COVID-19 sejak varian Omicron menular di sana pada Januari.-  Agensi

Berita berkaitan:

COVID-19: China kembali ‘bergelut’, 3 kes kematian pertama direkod

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button