Berita UtamaDunia

Dalam seminggu, sudah 4 kali rejim Zionis ceroboh Masjid al-Aqsa

Usir jemaah Palestin, beri laluan kepada peneroka haram rai Paskah Yahudi

BAITULMAQDIS, 17 Ramadan 1443H, Selasa – Rejim negara pengganas Israel menyerbu Masjid al-Aqsa dan mengusir jemaah Palestin bagi membenarkan kemasukan peneroka haram untuk menandakan perayaan Paskah Yahudi.

Sebilangan besar pegawai dikerahkan di halaman kompleks masjid awal pagi tadi, memaksa penduduk Palestin keluar dan menutup pintu dewan solat bersama jemaah di dalamnya.

Selain itu, tentera Israel turut melepaskan gas pemedih mata ke arah surau utama Qibli dan secara paksa mengusir beberapa wanita dari sekitarnya bagi memastikan laluan untuk peneroka masuk.

Dikawal oleh pegawai bersenjata lengkap, beberapa kumpulan sekitar 40 peneroka kemudian menyerbu al-Aqsa melalui Pintu Mughrabi, melawat halaman dan sembahyang di sebelah timur kompleks itu.

Aktivis dan kumpulan peneroka berhaluan kanan Israel sebelum ini mengumumkan hasrat untuk menyerbu al-Aqsa minggu ini secara beramai-ramai, bermula dari Ahad bagi meraikan Paskah.

Tentera Israel juga menyediakan pusat pemeriksaan di sekitar Kota Lama Baitulmaqdis dan jalan menuju ke pintu Masjid al-Aqsa.

Rakyat Palestin dihalang daripada memasuki masjid untuk menunaikan solat Subuh bahkan ada yang diserang oleh tentera Israel berhampiran tanah perkuburan Yusufiya, beberapa meter dari al-Aqsa.

Serangan pada Selasa menandakan serangan keempat oleh tentera Israel di Masjid al-Aqsa sejak permulaan bulan suci Ramadan pada 2 April lalu.

Ratusan rakyat Palestin telah ditahan dan cedera dalam tindakan keras itu, termasuk kakitangan perubatan dan wartawan. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button