Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita Utama

Jempol dinaik taraf sebagai Majlis Perbandaran

Usul dicadang MB dapat sokongan sebulat suara ahli dewan

SEREMBAN, 17 Ramadan 1443H, Selasa – Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Perbandaran Jempol (MPJL) 2022 bagi menaik taraf dan menukar nama Majlis Daerah Jempol (MDJL) sebagai MPJL.

Usul tersebut dicadangkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun dan diluluskan Yang Dipertua DUN, Datuk Zulkefly Mohamad Omar selepas mendapat sokongan sebulat suara ahli dewan.

Enakman ini telah mula berkuat-kuasa pada 3 Januari 2018.

Terdahulu, Datuk Seri Mohamad Hasan (BN-Rantau) berkata, penarafan perbandaran ini dapat meningkatkan mutu perkhidmatan kepada penduduk selain memerlukan kerjasama kerajaan negeri dalam menyelesaikan permasalahan yang dihadapi oleh rakyat di daerah itu.

“Bila sudah dinaik taraf menjadi perbandaran, tahap perkhidmatan kepada rakyat dapat ditingkatkan, terutama dalam aspek pelupusan sisa pepejal kerana negeri ini telah dinobatkan sebagai Negeri Bahagia,” katanya ketika membahaskan RUU tersebut di Persidangan DUN di sini hari ini.

Sementara itu, Datuk L Manickam (BN-Jeram Padang) berkata, kerajaan negeri juga perlu memastikan pembangunan lebih sistematik di Jempol dan sentiasa berusaha memajukan tanah di daerah itu agar menjadi lebih pesat.

Datuk Shamsulkahar Mohd Deli (BN-Serting) pula menyifatkan penarafan tersebut memberi kebaikan dan kesejahteraan kepada rakyat di negeri ini sekali gus menarik pelabur ke daerah itu. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button