Berita UtamaDunia

Bahrain mahu terus jalin hubungan dengan negara haram

Negara teluk, Israel bimbang program nuklear Iran

 

MANAMA, 11 Rabiulakhir 1444H, Ahad – Bahrain mahu meneruskan hubungan dengan negara haram Israel selepas bekas Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu dan sekutu sayap kanannya menang dalam pilihan raya umum, kata penasihat diplomatik kepada Raja Bahrain.

Israel, di bawah kerajaan Netanyahu pada 2020, menormalkan hubungan dengan Emiriah Arab Bersatu dan Bahrain – di mana kebimbangan terhadap pengaruh serantau Iran mendominasi strategi keselamatan – di bawah pakatan normalisasi yang diuruskan  AS, yang digelar ‘Abraham Accords’.

“Kami mempunyai perjanjian dengan Israel, sebahagian daripada Perjanjian Abraham, dan kami akan berpegang kepada perjanjian.

“Kami akan bersama-sama dalam menghadapi semua ancaman,” katanya, menjawab soalan mengenai pendekatan serantau pelbagai hala terhadap keselamatan termasuk Israel.

Negara-negara Teluk dan Israel berkongsi kebimbangan terhadap program nuklear dan peluru berpandu Iran serta rangkaian proksi serantau.  

Negara-negara Teluk bergantung kepada Amerika Syarikat untuk keselamatan mereka tetapi mempersoalkan komitmen AS terhadap rantau itu.

Israel dan Bahrain sedang merundingkan perjanjian perdagangan bebas yang dapat dimeterai sebelum akhir tahun, kata pegawai kedua-dua negara bulan lepas. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button