Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Dunia

Jordan akan panggil Israel bantah tindakan di al-Aqsa

Raja Abdullah II gesa Israel henti langkah haram, provokatif

AMMAN, 17 Ramadan 1443H, Selasa – Jordan pada Isnin memberitahu akan memanggil pihak berkuasa Israel untuk membantah perbuatan negara pengganas itu ke atas Masjid al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur.

Menteri Luar Negeri, Ayman Safadi dalam sidang Parlimen berkata, pihaknya telah memanggil Duta Besar Israel, Amir Weisbord namun beliau dimaklumkan tidak berada di Amman.

Katanya, pihak berkuasa Israel akan dipanggil untuk menyampaikan mesej tegas kerajaan yang mengecam tindakan rejim ke atas Masjid al-Aqsa.

Ahad lalu, Raja Abdullah II menggesa Israel supaya menghormati sejarah dan undang-undang di Masjid al-Aqsa, serta menghentikan langkah haram dan provokatifnya.

Ketegangan memuncak di seluruh wilayah Palestin sejak tentera Israel menyerbu perkarangan Masjid al-Aqsa pada Jumaat, di tengah-tengah pertempuran dengan jemaah dan mencederakan ratusan orang.

Pada Isnin, lebih 500 penjajah haram Israel memasuki ke tapak itu untuk meraikan perayaan Paskah Yahudi selama seminggu. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button