Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Dunia

Korban awam di Ukraine kini cecah 2,072: PBB

Jumlah penduduk melarikan diri sudah hampiri 5 juta orang

GENEVA, 17 Ramadan 1443H, Selasa – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memaklumkan bahawa angka kematian orang awam di Ukraine sejak permulaan perang kini mencecah 2,072, namun menganggarkan jumlah itu jauh lebih tinggi.

Manakala, jumlah penduduk yang melarikan diri dari negara itu juga sudah menghampiri lima juta orang.

Pejabat Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Hak Asasi Manusia (OHCHR) berkata, sejak 24 Februari, ia telah merekodkan 4,890 korban awam di Ukraine, termasuk 2,072 terbunuh dan 2,818 cedera.

Sementara itu, agensi pelarian PBB berkata, 4,934,415 orang telah melarikan diri dari Ukraine dan lebih tujuh juta kehilangan tempat tinggal sejak permulaan perang.

Jumlah kematian PBB termasuk 71 kanak-kanak, tetapi OHCHR juga mencatat laporan Pejabat Pendakwa Negara Ukraine, yang mana 205 kanak-kanak telah terbunuh dan sekurang-kurangnya 362 cedera.

Pejabat PBB juga berkongsi laporan Menteri Dalam Negeri Ukraine yang mendakwa setakat 15 April, sekurang-kurangnya 2,700 orang awam telah terbunuh.

“OHCHR mencatatkan kaveat yang dibuat oleh menteri yang menekankan bahawa angka ini hanya melibatkan kematian orang awam, yang mana prosiding jenayah telah dimulakan, dan di mana kepakaran forensik mayat telah dijalankan,” kata PBB.

Menurut kerajaan Ukraine, lebih 1,000 institusi akademik telah rosak dan 95 lagi musnah. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button