Dunia

Masjid al-Aqsa khusus untuk orang Islam saja: PM Palestin

Isu tahanan Palestin di penjara Israel jadi keutamaan PA

RAMALLAH, 17 Ramadan 1443H, Selasa – Perdana Menteri Palestin, Mohammed Shtayyeh menegaskan, bahawa Masjid al-Aqsa khusus untuk orang Islam sahaja dan tidak boleh dibahagikan.

Bercakap kepada radio rasmi Palestin, Shtayyeh menyifatkan kerajaan ‘pelampau’ Israel yang diketuai Naftali Bennett cuba menyelesaikan krisis dalamannya dengan mengorbankan rakyat Palestin.

Untuk mencapai matlamat ini, Shtayyeh berkata, kerajaan Israel sedang meluaskan penempatan haram, mengenakan pengepungan dan melakukan serangan ke atas Masjid al-Aqsa untuk membawa pembahagian ruang tapak suci Islam itu.

Sementara itu, beliau turut menegaskan bahawa isu tahanan Palestin menjadi keutamaan Presiden Mahmoud Abbas.

Sempena Hari Tahanan Palestin pada 17 April lalu, Shtayyeh mengulangi komitmen Pihak Berkuasa Palestin (PA) untuk tidak menyerahkan mana-mana tahanan Palestin.

Beliau berkata, bahawa kerajaan bekerjasama dengan banyak badan antarabangsa untuk membebaskan tahanan Palestin dari penjara Israel. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button