Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Dunia

UNSC bincang isu ketegangan memuncak di Baitulmaqdis

Mesyuarat tertutup diadakan atas permintaan beberapa negara

GENEVA, 17 Ramadan 1443H, Selasa – Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) akan bersidang minggu ini untuk membincangkan isu ketegangan yang memuncak di Baitulmaqdis, kata sumber diplomatik pada Isnin.

Difahamkan, mesyuarat tertutup pada Selasa itu diadakan atas permintaan China, Perancis, Ireland, Norway, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Amerika Syarikat (AS).

Ketegangan memuncak di seluruh wilayah Palestin sejak awal April di tengah-tengah kempen penangkapan berulang negara pengganas Israel di Tebing Barat.

Pada Jumaat lalu, ratusan rakyat Palestin cedera dalam pertempuran dengan tentera rejim Zionis di perkarangan Masjid al-Aqsa di Baitulmaqdis.

Pencerobohan peneroka Yahudi setiap hari ke tapak itu untuk meraikan perayaan Paskah selama seminggu telah memburukkan lagi keadaan.

Masjid al-Aqsa adalah tapak ketiga paling suci di dunia bagi umat Islam.

Orang Yahudi memanggil kawasan itu sebagai ‘gunung kuil’, dan mendakwa kononnya ia adalah tapak dua kuil Yahudi pada zaman dulu. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button