Berita UtamaDunia

Bakar al-Quran: Trend Islamophobia makin membimbangkan

OIC kecam tindakan provokasi terhadap umat Islam

ISTANBUL, 18 Ramadan 1443H, Rabu – Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengecam sekeras-kerasnya tindakan membakar naskhah kitab suci al-Quran umat Islam di Sweden.

Dalam satu kenyataan, Setiausaha Agung OIC, Hissein Brahim Taha mengecam tindakan provokatif itu ketika demonstrasi anti-muslim, yang berlaku di Linkoping, Norrkoping, dan bandar-bandar lain di Sweden.

Kumpulan pan-muslim berkata, pembakaran itu menimbulkan kebimbangan umat Islam mengenai trend Islamophobia yang membimbangkan diteruskan oleh penyokong kanan ekstrem.

Pengerusi OIC, bagaimanapun berkata, pembakaran al-Quran tidak mencerminkan pandangan majoriti rakyat Sweden dan Eropah.

Minggu lalu, pemimpin pelampau Denmark, Rasmus Paludan dari parti Stram Kurs membakar salinan kitab suci itu di Linkoping Sweden,

Dia juga mengancam untuk membakar naskhah al-Quran ketika perhimpunan selanjutnya.

Turki, Arab Saudi dan sebilangan besar negara dan pertubuhan Arab dan Islam mengutuk tindakan itu, menyifatkan ia sebagai provokasi dan hasutan terhadap umat Islam. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button