Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita UtamaDunia

Krisis makin buruk, PBB gesa jeda kemanusiaan di Ukraine

Beri laluan selamat orang awam tinggalkan kawasan konflik

NEW YORK, 18 Ramadan 1443H, Rabu – Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres menggesa jeda kemanusiaan selama empat hari di Ukraine untuk meraikan Paskah Ortodoks.

Gesaan itu juga bagi membolehkan laluan selamat orang awam meninggalkan kawasan konflik dan penghantaran bantuan kemanusiaan ke kawasan yang terjejas teruk.

Guterres berkata, PBB sedang mengemukakan rancangan terperinci kepada pihak tertentu dan bersedia untuk menghantar konvoi bantuan kemanusiaan ke Mariupol, Kherson, Donetsk dan Luhansk bermula pada Khamis dan berlangsung hingga Ahad, tarikh Paskah Ortodoks, yang disambut oleh kebanyakan rakyat Ukraine dan Russia.

“Keperluan kemanusiaan sangat teruk. Orang ramai tidak mempunyai makanan, air, bekalan untuk merawat orang sakit atau cedera malah hanya untuk hidup seharian,” katanya kepada pemberita di PBB di New York.

Lebih 12 juta orang memerlukan bantuan kemanusiaan di negara itu hari ini, kata Guterres.

Pencerobohan Moscow ke atas Ukraine – serangan terbesar ke atas negara Eropah sejak 1945 – telah membunuh bahkan mencederakan ribuan orang.

Bahkan perang yang bermula 24 Februari lalu menyebabkan jutaan penduduk kehilangan tempat tinggal dan pelbagai sekatan ke atas Moscow, khususnya oleh Kesatuan Eropah (EU) dan Amerika Syarikat (AS).

Ia juga telah mendorong keluarnya firma global dari Russia, daripada sektor teknologi kepada automotif, tenaga, runcit dan pelbagai sektor lain. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button