Berita Utama

Palestin: 3 masjid utama Jakim laksana doa Qunut Nazilah

Khusus untuk keselamatan, keamanan di Palestin

BANGI, 18 Ramadan 1443H, Rabu – Tiga masjid utama di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) melaksanakan bacaan doa Qunut Nazilah ketika solat witir setiap malam bermula hari ini, khusus untuk keselamatan dan keamanan di Palestin.

Tiga masjid utama berkenaan adalah Masjid Negara, Kuala Lumpur serta Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya.

Ketua Pengarah Jakim, Datuk Hakimah Mohd Yusoff berkata, pihaknya juga memohon kerjasama Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan Jabatan Agama Islam Negeri di seluruh Malaysia untuk turut sama mengadakan bacaan doa Qunut Nazilah di semua masjid serta surau di bawah seliaan masing-masing.

“Umum mengetahui bahawa konflik di Palestin telah berlangsung sejak sekial lama.

“Terkini, Masjidil Aqsa diceroboh dalam keadaan umat Islam sedang memberi tumpuan beribadah di bulan Ramadan yang mulia ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Serentak itu, Jakim menyeru seluruh Keluarga Malaysia untuk sama-sama terus berdoa supaya negara Malaysia sentiasa kekal aman, makmur dan sejahtera, katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button