Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita UtamaIstimewa

Umat Islam perlu kuasai ekonomi untuk kembali bermaruah

Kuasai sumber hasil Malaysia supaya dimanfaat rakyat tempatan

BANGI, 18 Ramadan 1443H, Rabu – Umat Islam perlu menguasai ekonomi negara supaya dapat kembali bermaruah dan dihormati kaum lain.

Bahkan, melalui penguasaan ekonomi juga mampu menjadikan umat Islam menguasai dan mengubah polisi negara, kata Presiden gerakan Islam, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni.

Beliau berkata, ekonomi adalah asas dan di antara ‘tiang seri’ kepada pembangunan yang bakal menentukan pentadbiran serta kemajuan negara.

“Asas kepada pembinaan negara ini di antara tiang seri atau tonggak utama sebenarnya adalah ekonomi.

“Bahkan, bila kita melihat sejarah penjajahan pun digerakkan banyak oleh faktor ekonomi dan ia merupakan satu tunjang kepada pembangunan negara,” katanya seperti dilapor Buletin TV Pertiwi, semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas rancangan Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) melancarkan Kempen Beli Barangan Muslim (BMF) 2.0 dalam masa terdekat untuk memperkasa semula ekonomi umat Islam.

Mengulas lanjut, Ustaz Muhammad Fauzi berkata, usaha yang dilakukan oleh NGO-NGO Islam melalui kempen itu sebenarnya di antara perkara asas untuk memangkinkan ekonomi umat Islam.

“Tetapi, sebenarnya pelan jangka panjang banyak lagi yang perlu untuk kita fikirkan di antaranya ialah untuk kita menggunakan segala sumber di atas tanah air kita sebanyak untuk manfaat tempatan.

“Macam sekarang, segala sumber hasil bumi kita digunakan oleh orang luar. Jadi kita sendiri terpaksa mengambil daripada luar,” katanya.

Justeru, beliau berkata, negara mesti menguasai ekosistem dengan sumber hasil Malaysia, dibangunkan sendiri dan digunakan rakyat tempatan.

Maka, daripada situ Malaysia dapat mengurangkan kebergantungan kepada eksport luar, katanya.

Pautan Buletin TV Pertiwi;

https://fb.watch/cvjtLOf5fB/

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button