Berita UtamaDunia

6 maut pesawat kecil terhempas di Haiti

Pesawat alami kegagalan enjin, sempat hantar amaran

PORT-AU-PRINCE, 19 Ramadan 1443H, Khamis – Sebuah pesawat kecil terhempas ke jalan yang sibuk di ibu kota Haiti, Port-au-Prince, mengorbankan sekurang-kurangnya enam nyawa termasuk juruterbang.

Pihak berkuasa penerbangan awam Haiti berkata, pesawat itu berlepas dari lapangan terbang Port-au-Prince pada jam 3:44 petang waktu tempatan dalam perjalanan ke bandar Jacmel di Haiti.

Katanya, pesawat itu mengalami kegagalan enjin dan menghantar amaran kecemasan pada 4:04 petang.

Tanpa menyatakan jumlah kematian atau angka yang cedera, Perdana Menteri, Ariel Henry menerusi kenyataan di Twitter, merakamkan rasa simpati kepada keluarga mangsa.

Datuk bandar komune Carrefour – lokasi pesawat itu terhempas – Jude Edouard Pierre berkata, kira-kira enam orang maut dalam nahas itu.

Sumber kerajaan berkata, juruterbang itu meninggal dunia selepas dibawa ke hospital.

Video yang tersebar di WhatsApp menunjukkan serpihan pesawat yang musnah di tengah jalan bersama-sama mayat mangsa nahas.

Reuters tidak dapat mengesahkan asal video itu secara bebas. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button