Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita Utama

Laporan Jawatankuasa Khas Parlimen akan dibentangkan dalam sebulan

Draf RUU sudah ada hanya teliti akta dari sudut undang-undang

BANGI, 19 Ramadan 1443H, Khamis – Jawatankuasa Khas Parlimen yakin dapat membentangkan hasil laporan penelitian Rang Undang-undang (RUU) Akta Anti Lompat Parti dalam tempoh sebulan.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tunku Jaafar berkata, keyakinan tersebut mampu dicapai berikutan segala draf RUU tersebut sudah sedia ada.

Katanya, jawatankuasa tersebut hanya meneliti akta tersebut dari sudut undang-undang dan membincangkan persoalan yang dibangkitkan oleh semua pihak dalam Sidang Khas Dewan Rakyat, 11 April lalu.

“Jawatankuasa hanya bekerja menilai daripada sudut undang-undang saja, jadi tidak ada menilai perkara-perkara lain lagi.

“Tetapi ada juga seperti cadangan dan idea baru yang dibawa oleh ahli, maka itu diambil kira oleh pihak jawatankuasa.

“Setakat ini, jawatankuasa itu hanya baru bersidang sekali iaitu pda 15 April lalu dan kita ada lagi persidangan esok dan selebihnya,” katanya.

Beliau bagaimanapun, memohon maaf berikutan tidak boleh menyatakan isi kandungan yang telah dibincangkan menerusi jawatankuasa berkenaan.

“Minta maaf kerana saya tak boleh keluarkan apa yang telah kita bincangkan dalam jawatankuasa itu, melainkan laporan tersebut sudah dibentangkan di Dewan Rakyat dan menjadi public document,” katanya.

Mengulas lanjut, Wan Junaidi berkata, biarpun pihaknya bersedia, tetapi sambutan perayaan yang bakal disambut dalam masa terdekat dilihat sebagai halangan dan mengganggu perancangan.

“Kita bersedia dan atur, tetapi masalah kita adalah Hari Raya dan Hari Keamatan. Jadi tak akan nak adakan persidangan masa itu,” katanya.

Dalam masa sama beliau berkata, kuasa untuk mengadakan Sidang khas di Parlimen ialah di bawah Perdana Menteri.

“Biasanya Perdana Menteri akan berbincang dengan Jemaah Menteri dan kalau Jemaah Menteri bersetuju tarikh-tarikh yang tertentu, maka Perdana Menteri akan umumkan,” katanya.

Beliau turut memaklumkan, telah membentangkan kepada Jemaah Menteri tentang perkembangan cadangan pindaan undang-undang berhubung Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan) dan Kuasa) 1952 serta Skim Perkhidmatan Parlimen dan Suruhanjaya Perkhidmatan Parlimen berhubung cadangan mewujudkan perkhidmatan sendiri bagi Parlimen Malaysia.

“Saya menyasarkan supaya RUU itu dapat dibahaskan dalam sesi sidang Parlimen pada Julai ini,” ujarnya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button