Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita Utama

MB Terengganu dicabar sumpah laknat, buktikan PAS tak rancang jatuhkan pemimpin UMNO

Nafi saja tak cukup buatkan rakyat percaya padanya

KUALA LUMPUR, 19 Ramadan 1443H, Khamis – Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor, Isham Jalil mencabar Naib Presiden PAS, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar membuat sumpah laknat bahawa partinya tiada rancangan jatuhkan pemimpin UMNO. 

Isham berkata, penafian sahaja tidak cukup untuk membuatkan rakyat percaya pada kenyataan Menteri Besar Terengganu itu.

“Kalau betul semua perkara yang dalam minit mesyuarat itu tidak betul, suruh dia buat sumpah laknat.

“Setakat nafi-nafi sahaja rakyat sudah tidak percaya kepada ahli politik talam dua muka yang depan kata lain belakang buat lain,” katanya seperti dilapor portal tempatan, hari ini.

Terdahulu, tular beberapa dokumen minit mesyuarat Perikatan Nasional (PN) mengenai pertemuan antara Ahmad Samsuri dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dengan beberapa pemimpin parti lain pada 24 dan 27 Mac disamping 4 dan 7 April lalu.

Menafikan dakwaan tersebut, Ahmad Samsuri turut menyifatkan butiran dokumen berkenaan adalah palsu dan sampah bagi memfitnah PAS serta PN.

Bagaimanapun, Ahmad Samsuri mengakui wujud pertemuan dengan pemimpin disebutkan dalam dokumen tular itu namun, butiran terperinci mengenainya adalah rekaan semata-mata.

Isham yang tidak berpuas hati dengan penafian itu meminta supaya pihak tersebut menjelaskan perkara sebenar yang dibincangkan dalam mesyuarat berkenaan.

“Samsuri kata dia tidak bincang seperti minit mesyuarat yang bocor itu. Habis kamu bincang apa? Bulan puasa jangan tipu,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button