Berita UtamaDunia

Lempar bom tangan! 40 rakyat Palestin cedera serangan terbaharu Israel di al-Aqsa

Polis Zionis turut lepas tembakan peluru getah ketika serbuan pagi Jumaat

BAITULMAQDIS, 20 Ramadan 1443H, Jumaat – Tinggal beberapa hari sahaja lagi umat Islam akan meraikan 1 Syawal, namun keganasan di pekarangan Masjid al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur yang diduduki masih tidak berkesudahan.

Terbaharu, pasukan keselamatan rejim Zionis menceroboh pekarangan Masjid al-Aqsa dan mencederakan kira-kira 40 rakyat Palestin, termasuk tiga wartawan.

Serbuan itu berlaku pada pagi Jumaat, dengan penduduk Palestin membaling batu ke arah polis Israel yang memasuki kawasan berkenaan dan melepaskan tembakan peluru getah serta bom tangan, menurut wartawan di lokasi kejadian.

Tapak suci itu menjadi pusat keganasan harian di tengah-tengah ketegangan memuncak berikutan beberapa siri serangan di dalam Israel dan serbuan polis di Tebing Barat yang diduduki secara haram.

Puluhan ribu umat Islam dijangka berada di al-Aqsa pada waktu petang untuk solat Jumaat.

Kunjungan kumpulan Yahudi digantung mulai hari ini untuk 10 hari terakhir bulan suci Ramadan. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button