Berita UtamaDunia

Hamas seru rakyat Palestin kekal di Masjid al-Aqsa 10 hari terakhir Ramadan

Perpaduan Palestin mampu halang rancangan jahat Zionis kuasai masjid

BAITULMAQDIS, 21 Ramadan 1443H, Sabtu – Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) menyeru semua rakyat Palestin menghadapi tentera pendudukan Israel serta peneroka haram dan menuju ke Masjid al-Aqsa di tengah-tengah serangan yang semakin sengit terhadap jemaah di masjid suci itu.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan semalam, Hamas berkata, rakyat Palestin harus tinggal di Masjid al-Aqsa sepanjang sepuluh hari terakhir bulan Ramadan untuk mempertahankan Baitulmaqdis dan masjid serta jemaah Palestin di sana, lapor Pusat Maklumat Palestin.

“Perpaduan dan penentangan Palestin dalam menghadapi pendudukan Israel dan peneroka haram Israel akan menghalang rancangan jahat mereka untuk menyasarkan Baitulmaqdis dan Masjid al-Aqsa,” kata kenyataan itu.

Terdahulu pada hari Jumaat, tentera Israel sekali lagi menyerang jemaah Palestin di perkarangan Masjid Al-Aqsa. Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin mengesahkan bahawa peluru logam bersalut getah mencederakan 31 orang, termasuk seorang paramedik manakala berpuluh-puluh lagi cedera kerana gas pemedih mata.

Pada masa sama, sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin cedera selepas tentera Israel menyerbu perkarangan Masjid al-Aqsa dalam tindakan baharu pencerobohan terhadap tapak suci itu. 

Ia juga melaporkan bahawa tiga wartawan cedera dalam serangan ganas Israel, termasuk seorang yang terkena peluru bersalut getah di kerongkongnya.

Sekurang-kurangnya 11 lelaki muda dipindahkan ke hospital untuk rawatan, manakala dua daripadanya dalam keadaan serius. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button