Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Dunia

New Zealand rekod kes pertama Omicron XE

Kes babitkan individu baru pulang dari luar negara

WELLINGTON, 21 Ramadan 1443H, Sabtu – New Zealand melaporkan kes pertama COVID-19 melibatkan varian Omicron XE, menurut kenyataan Kementerian Kesihatan pada Sabtu.

Kes itu melibatkan individu yang baru pulang dari luar negara dan kini sedang menjalani kuarantin di rumah.

“Individu itu tiba di New Zealand pada 19 April kemudian menjalani ujian saringan COVID-19 pada 20 April sebelum disahkan dijangkiti varian itu,” menurut kementerian.

New Zealand pada Sabtu melaporkan 19 kematian akibat COVID-19, dengan 7,930 kes komuniti dan 494 dimasukkan ke hospital.

Selain itu, sebanyak 55 kes baharu COVID-19 dikesan di sempadan dan sejak pandemik bermula, New Zealand telah melaporkan 875,794 kes jangkitan.  – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button