Berita Utama

72 tahanan Rohingya masih diburu: Polis

8 pelarian telah ditahan semula semalam dan hari ini

ALOR SETAR, 22 Ramadan 1443H, Ahad – Polis masih mengesan baki 72 tahanan pelarian etnik Rohingya yang masih bebas selepas melarikan diri dari Depot Tahanan Imigresen Sungai Bakap dekat Bandar Baharu, Rabu lepas.

Ketua Polis Kedah CP Wan Hassan Wan Ahmad berkata lapan pelarian telah ditahan semula semalam dan hari ini, manakala usaha mengesan baki pelarian yang bebas masih diteruskan.

“Setakat petang ini, baki tahanan yang masih belum ditemukan ialah 72 orang dan operasi mengesan mereka masih berjalan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam kejadian awal pagi Rabu lepas, 528 tahanan Rohingya bertindak melarikan diri dari depot tahanan itu.

Enam daripada mereka maut dirempuh kenderaan ketika melintas di KM 168 Lebuhraya PLUS menghala ke selatan berhampiran Jawi, Pulau Pinang. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button