Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita Utama

Aidilfitri: Anak Kelantan perantauan digalak lakukan RTK-AG

Masyarakat dinasihatkan kekal patuh SOP norma baharu dalam menyambut Aidilfitri

KOTA BHARU, 22 Ramadan 1443H, Ahad – Anak Kelantan di perantauan yang akan pulang menyambut Hari Raya Aidilfitri di negeri ini digalakkan untuk melakukan ujian saringan RTK-AG bagi membendung penularan COVID-19.

Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob berkata, walaupun bukan paksaan, inisiatif itu adalah antara kaedah terbaik dilakukan bagi menjamin keselamatan bersama khususnya kepada ibu bapa dan keluarga di kampung.

Beliau berkata, masyarakat juga dinasihatkan agar kekal patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) norma baharu dalam menyambut Aidilfitri walaupun negara kini berada dalam Fasa Peralihan ke Endemik.

“Kita masih belum bebas (wabak COVID-19) sepenuhnya. Saling menziarahi itu boleh.

“Namun jaga SOP dengan memakai pelitup muka serta menjaga jarak terutama ketika berkumpul di rumah saudara-mara dan sebagainya walaupun sudah lengkap menerima vaksin dan dos penggalak.

“Malah mengikut SOP kenduri dan majlis keraian telah dibenarkan, jadi rumah terbuka juga dibolehkan tetapi dengan kapasiti yang dibenarkan serta dilakukan secara bersederhana,” katanya selepas menyampaikan sumbangan kuih raya kepada wakil Kelab Media Kelantan Darul Naim (Kemudi) di kediamannya, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, Polis Kelantan menjangkakan lebih dua juta kenderaan akan memasuki Kelantan pada sambutan Aidilfitri ini, dengan purata kenderaan keluar masuk ke negeri ini sekitar 300,000 hingga 350,000 sehari. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button