Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita Utama

Bersatu belum bincang tentang idea ‘Khemah Besar’

Fokus utama kini adalah memperkasa hubungan dengan PAS

IPOH, 22 Ramadan 1443H, Ahad – Bersatu belum menetapkan sebarang pendirian berhubung pendekatan ‘Khemah Besar’ yang melibatkan gabungan beberapa parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Timbalan Presidennya Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata ia hanya akan diputuskan selepas perbincangan dilakukan oleh Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu.

“Kami belum bincangkan tentang khemah mana yang kami ingin sertai sama ada khemah besar atau kecil. Ini semua terserah kepada keputusan yang akan dibuat MPT setelah tiba masanya nanti.

“Rakan-rakan dalam komponen Perikatan Nasional tentunya akan terus komited bersama kami, terutama sekali di Semenanjung ini,” katanya kepada pemberita ketika program Singgah Sahur Bersama Media dan Belia negeri Perak di sini hari ini.

Beliau berkata fokus utama Bersatu pada masa ini adalah untuk memperkasa dan memantapkan hubungan dengan PAS yang dilihat mampu meneruskan agenda perjuangan agama, bangsa dan tanah air selain menolak segala kemungkaran dan salah guna kuasa.

Timbalan Presiden Amanah Datuk Seri Salahuddin Ayub sebelum ini dilapor berkata pemimpin parti pembangkang perlu berjiwa besar dengan memaafkan dan melupakan perkara lalu bagi merealisasikan pendekatan ‘Khemah Besar’ untuk berdepan Barisan Nasional. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button