Dunia

COVID-19: Shanghai rekod kes kematian tertinggi

Jumlah keseluruhan sudah cecah 87, manakala 22,000 kes baharu

BEIJING, 22 Ramadan 1443H, Ahad – Shanghai terus merekodkan peningkatan kes kematian akibat COVID-19 dengan jumlah terkini sebanyak 39 kes hari ini – angka tertinggi sejak penutupan selama berminggu-minggu bermula.

Bandar terbesar di China itu hanya mengumumkan kematian pertamanya pada 18 April lalu, walaupun kes mencecah ribuan setiap hari sejak beberapa minggu kebelakangan ini.

Data Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan hari ini menunjukkan 39 lagi kes kematian baharu direkodkan menjadikan keseluruhannya kepada 87, manakala negara mencatatkan hampir 22,000 kes jangkitan baharu.

Angka kematian tertinggi di Shanghai adalah sebanyak 12 kes, iaitu sehari sebelumnya.

Sementara itu, 22 kes jangkitan baharu direkodkan di Beijing selepas pegawai memberi amaran supaya tindakan segera diambil pada Sabtu.

Pegawai kesihatan, Pang Xinghuo berkata, pemerhatian awal menunjukka COVID-19 telah menular di ibu negara, yang menjejaskan sekolah dan golongan pelancong.

“Risiko untuk berlaku transmisi tersembunyi adalah tinggi. Seluruh bandar Beijing mesti bertindak segera,” katanya.

Ketika kebanyakan negara dunia mula longgarkan sekatan, China – negara ekonomi kedua terbesar dunia – kini bergelut untuk mengekang wabak COVID-19 yang dikatakan terburuk dalam tempoh dua tahun ini, dengan melaksanakan penutupan dan ujian saringan besar-besaran demi mencapai dasar sifar wabak. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button