Dunia

Hanya 29 peratus pesakit COVID-19 pulih sepenuhnya dalam setahun

'Long COVID' boleh jadi satu kebiasaan kepada individu pernah dijangkiti

PARIS, 22 Ramadan 1443H, Ahad – Tiada seorang pun daripada tiga bekas pesakit COVID-19 yang pulih sepenuhnya daripada wabak itu, meskipun setelah setahun pernah dimasukkan ke hospital kerana dijangkiti virus berkenaan, menurut kajian di United Kingdom (UK).

Justeru, kajian itu memberi amaran bahawa ‘long COVID’ boleh menjadi satu kebiasaan kepada mereka yang pernah dijangkiti.

Kajian yang melibatkan lebih 2,300 orang itu mendapati, golongan wanita adalah 33 peratus kurang berkemungkinan untuk pulih sepenuhnya berbanding lelaki.

Selain itu, ia turut mendapati bahawa golongan obesiti adalah separuh berkemungkinan untuk pulih sepenuhnya, manakala mereka yang memerlukan pengudaraan mekanikal adalah 58 peratus lebih kecil kemungkinan untuk kembali pulih.

Kajian itu mengambil kira keadaan kesihatan pesakit yang dibenarkan keluar dari 39 hospital di Britain akibat COVID-19, antara Mac 2020 dan April 2021, kemudian menilai pemulihan 807 daripada mereka lima bulan serta setahun kemudian.

Hanya 26 peratus melaporkan pemulihan penuh selepas lima bulan, dan jumlah itu meningkat sedikit kepada 28.9 peratus selepas setahun, kata kajian yang diterbitkan dalam jurnal Lancet Respiratory Medicine.

“Pemulihan yang terhad daripada tempoh lima bulan hingga setahun selepas dimasukkan ke hospital dalam kajian kami merentasi gejala, kesihatan mental, kapasiti senaman, gangguan organ dan kualiti hidup,” kata ketua kajian dari Institut Penyelidikan Kesihatan dan Penjagaan Kebangsaan, Rachel Evans.

Simptom ‘long COVID’ yang paling biasa berlaku adalah keletihan, sakit otot, kurang tidur, fizikal perlahan dan sesak nafas.

“Tanpa rawatan yang berkesan, ‘long COVID’ boleh menjadi jangka panjang baharu yang sangat lazim,” kata ketua kajian bersama, Christopher Brightling.

Kajian yang akan dibentangkan di Kongres Mikrobiologi Klinikal dan Penyakit Berjangkit Eropah itu akan terus memantau kesihatan pesakit. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button