Berita Utama

Industri teknologi akan dimasuk dalam silibus pendidikan Sains

Memorandum STEM dibawa kepada kerajaan dalam masa terdekat

BANGI, 22 Ramadan 1443H, Ahad – Mata pelajaran industri teknologi akan diperkenalkan dalam silibus pendidikan Sains tidak lama lagi.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, pihaknya akan berbincang dengan Kementerian Pendidikan untuk melibatkan industri berkenaan dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM).

“Satu memorandum terhadap STEM akan dibawa kepada kerajaan dalam masa terdekat.

“MOSTI akan berbincang dengan Kementerian Pendidikan, saya dimaklumkan mereka akan bawa memorandum kepada Kabinet mengenai STEM dan penggunaanya kepada kerajaan.

“MOSTI juga akan memberi ulasan supaya teknologi seperti reka bentuk, penggunaan artificial intelligence (AI) dimasukkan seawalnya dalam kurikulum dan kokurikulum sekolah,” katanya.

Sehingga kini, Dr Adham yang juga Ahli Parlimen Tenggara berkata, teknologi dron juga belum dimasukkan ke dalam silibus Sains secara rasmi.

“Dahulu kita ada Formula One In Schools tapi sekarang ini dengan adanya teknologi dron, saya bersama JPNJ (Jabatan Pendidikan Negeri Johor) akan memulakan usaha supaya aktiviti yang berkaitan kokurikulum dalam sekolah, institut pengajian tinggi atau institut kemahiran turut dibekalkan kepada masyarakat.

“Jadi kita berusaha supaya dalam masa terdekat ini ada teknologi seperti ini.

“Saya difahamkan dalam kurikulum reka bentuk sudah ada reka bentuk dron dan ini juga diambil kira dalam silibus,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button