Berita Utama

Kerajaan tidak akan U-turn pelaksanaan gaji minimum: PM

Perincian lengkap akan diumum Menteri Sumber Manusia dalam masa terdekat

BANGI, 22 Ramadan 1443H, Ahad – Kerajaan tidak akan membuat ‘pusingan U’ atau menarik balik pelaksanaan gaji minimum sebanyak RM1,500 walaupun terdapat pelbagai cadangan dan rayuan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kadar gaji baharu berkenaan akan tetap dilaksanakan pada 1 Mei depan.

Bagaimanapun perincian lengkap mengenai pelaksanaan gaji tersebut akan diumumkan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan, tidak lama lagi.

“Walaupun terdapat pelbagai cadangan, rayuan dan sebagainya saya ingin memberi jaminan hari ini kepada pekerja bahawa penetapan gaji minima untuk dilaksanakan kepada 1 Mei akan diteruskan.

“Kita tidak akan menarik balik dan sebagainya tidak akan ada ‘U turn’ dan sebagainya akan diteruskan cuma perinciannya akan diumumkan oleh Menteri Sumber Manusia,” katanya seperti dipetik akhbar tempatan, hari ini.

Ismail Sabri sebelum ini mengumumkan 1 Mei adalah hari pelaksanaan gaji minimum sebagai penghargaan kepada golongan pekerja.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button