Berita UtamaDunia

Penduduk Chicago berhimpun bantah kekejaman Israel di Masjid al-Aqsa

Gesa keganasan terhadap penduduk Palestin dihentikan

WASHINGTON, 22 Ramadan 1443H, Ahad – Ratusan penunjuk perasaan berhimpun di Well & South Michigan Avenue, pusat bandar Chicago sebagai bantahan serbuan ke atas Masjid al-Aqsa di Baitulmaqdis.

Ketika menyertai bantahan, penunjuk perasaan mengibarkan bendera Palestin dan sepanduk sambil menggesa tentera negara haram membebaskan Baitulmaqdis.

Selain itu, mereka turut menggesa supaya dihentikan segera keganasan terhadap penduduk Palestin.

Beberapa siri serbuan diadakan sejak 15 April lalu oleh rejim Zionis di Masjid al-Aqsa, yang mahu kawasan itu dikosongkan bagi memberi laluan kepada sambutan Paskah.

Alderman Byron Sigcho Lopez, penyokong Palestin yang menyertai bantahan ketika berucap pada tunjuk perasaan tersebut menyifatkan, perjuangan yang dilakukan tersebut adalah revolusi antarabangsa.

“Kita melihat Zionis menyerang adik-beradik dan kita tidak boleh mendiamkan diri serta perlu bangkit dan mengecamnya,” katanya secara tegas.

Sementara itu, Lesley Williams wakil Voice for Peace pula mempersoalkan sampai bila rakyat Palestin harus hidup dalam ketakutan dan berdepan keganasan.

Sejak kebelakangan ini, tentera Israel semakin ganas membuat serbuan di kawasan Masjid al-Aqsa, selain mengadakan serbuan ke kawasan kejiranan dan menahan penduduk sesuka hati sebelum dihumban ke pusat penyiasatan. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button